Saranan Institut Arkitek Malaysia (PAM) untuk kerajaan membina kediaman satu bilik itu adalah bagi memenuhi permintaan mereka yang baru mula bekerja khususnya di bandar-bandar utama. Kediaman berkeluasan 300 hingga 400 kaki persegi adalah sesuai, berbanding struktur kediaman sedia ada yang dilengkapi dua bilik dan ke atas, yang tidak lagi fleksibel serta mahal untuk dibeli golongan terbabit.