Beberapa kawasan di Jelebu dan Seremban, negeri sembilan akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula 3 Mac ini. Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata ia berikutan kerja-kerja penyambungan, pengalihan paip, pembaikan loji rawatan dan pencucian kolam.