Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
"Saya anggap budak itu seperti adik saya."
Demikian luahan Malim Gunung, Rizuan Kauhinin, 25 tahun yang menjadi viral apabila gambarnya mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang tercedera di Gunung kinabalu tersebar di laman sosial.
Tidak menyangka bahawa tindakannya itu akan mendapat perhatian ramai, dalam fikiran Rizuan ketika itu, dia hanya mahu menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.