Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada 2016 dijangka dapat menambah hasil negara kepada RM21 bilion ringgit berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya kerajaan kekal dengan sistem SST, hasil kutipan pada 2016 dianggarkan hanya sekitar RM18 bilion ringgit berbanding kutipan dengan sistem GST sebanyak RM39 bilion ringgit.