Rancangan Malaysia Ke-11, RMK11 yang dijadualkan dibentang di Parlimen pada 21 Mei ini akan menangani kemiskinan daripada perspektif pelbagai dimensi. Dimensi yang diambil kira dalam penggubalan langkah-langkah menangani isu itu ialah pendapatan, akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan keadaan kehidupan.