Dakwaan yang mengatakan Mohamed Azmin Ali sudah dua bulan tidak menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat penipuan untuk memburuk-burukkan Menteri Besar Selangor. Tegas Azmin, spekulasi Sultan Selangor murka kepadanya juga disifatkan bohong kerana dia menghadap Sultan Sharafuddin pada setiap minggu untuk memaklumkan agenda majlis mesyuarat negeri.