Pelan strategi keselamatan jalan raya serantau ASEAN yang akan menjadi standard bagi keselamatan jalan raya negara anggota pertubuhan itu dimuktamadkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu selari dengan dekad pelan tindakan bagi Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa Bersatu 2011-2020.