Lama tidak mendengar kisah artis dan ahli perniagaan , Datuk Boy Iman selepas kontroversi yang melanda dirinya sekitar Oktober tahun lalu.
Diam-diam berisi, rupa-rupanya Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Noruliman A.Rahman kini dalam proses mengeluarkan single pertamanya berjudul Malas Nak Layan.
Menerusi laman Instagramnya Boy Iman berkongsi kisah tersebut dengan sedikit rakaman ketika penggambaran video klip lagu tersebut.
Tulisnya "Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya 'musibah' pada diri saya.
"Untuk semua yang support dan 'haters' saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky dan lagu ini diterbitkan oleh DBI Entertainment Sdn Bhd".
Boy Iman sebelum ini terpalit dengan kontroversi skandal hartanah hingga ditahan reman beberapa minggu untuk soal siasat sebelum dilepaskan.