Lantai Bangunan Bursa Jakarta runtuh
Jakarta 15 Jan. - Seramai 77 orang dilaporkan tercedera apabila lantai laluan di tingkat mezanin Bursa Saham Jakarta runtuh ke lobi bangunan, kata pihak polis.
Jurucakap polis, Setyo Wasisto berkata, insiden itu dianggap sebagai kemalangan, dan bukannya disebabkan letupan.
Ketika ini, operasi mencari saki-baki mangsa masih dijalankan.
Insiden yang turut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan sekumpulan pelajar yang sedang melakukan lawatan, berada di lantai laluan itu sebelum ia runtuh.