Penyumbang dana parti Republican, Elliot Broidy yang didakwa terlibat dalam rundingan melibatkan perjanjian bernilai AS$75 juta (RM295 juta) dengan ahli perniagaan Jho Low mendakwa menjadi mangsa dalam kes itu.
Sebelum ini Broidy didakwa cuba berunding dengan Jho Low untuk memastikan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) menggugurkan siasatan terhadap kes 1MDB.
Rundingan itu mula didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa telah memperoleh e-mel menunjukkan Broidy yang merupakan rakan presiden AS Donad Trump, dalam draf cadangannya meminta bayaran AS$75 juta "jika DOJ menggugurkan siasatan segera".
"Dia (Broidy) kata sebab e-melnya tersebar dan menjadi bahan berita sekarang adalah kerana ia telah diceroboh oleh kerajaan asing, dan dia adalah mangsa sebenar di sini," kata hos televisyen Amerika, Rachel Maddow dalam program beritanya 'The Rachel Maddow Show' malam tadi.