Najib sesuaikan diri dengan realiti, beraya di Pekan

KiniTV 2018-06-15

Views 5.6K

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui sedang menyesuaikan dirinya dengan "realiti baru" di Malaysia pada majlis rumah terbuka di Seri Kenangan, kediamannya di Pekan untuk kali pertama selepas kehilangan kuasa.

"Bukan soal rindu (meraikan Hari Raya di Seri Perdana). Saya perlu menyesuaikan diri dengan realiti baru," katanya ketika ditemui pemberita di rumah terbuka di Pekan, Pahang hari ini.

Najib berkata beliau kazimnya akan mengadakan rumah terbuka di Pekan di dewan konvensyen berdekatan, dua minggu selepas Hari Raya.

Sebelum ini, katanya, beliau agak sibuk dengan tugasnya di Kuala Lumpur selaku menteri persekutuan dan perdana menteri.

Share This Video


Download

  
Report form