Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dibunuh kejam - Setev Shaariibuu - akan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya esok.
Perjumpaan itu dijangka akan berlangsung pada jam 5 petang di pejabat perdana menteri.
Ditanya apa yang mahu disampaikan kepada Mahathir, Setev berkata dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi setakat ini.
"Saya tidak pernah terfikirkan peluang ini akan menjadi kenyataan bahawa perdana menteri akan berjumpa dengan saya.
“Saya tidak boleh memikirkannya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.