'Boleh tak saya tanding Presiden?', KJ minta izin Mat Hasan

KiniTV 2018-06-20

Views 14.1K

Calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan hasratnya bertanding jawatan tertinggi parti itu setelah meminta izin dari Ketua Umno Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat Hasan.

Untuk rekod Khairy atau KJ merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Rembau.

Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, KJ mengakui agak kekok apabila menawarkan bertanding Presiden kerana beliau hanya timbalan bahagian kepada Tok Mat Hasan.

Menyifatkan Tok Mat sebagai mentornya dalam politik KJ terlebih dahulu mencadangkan Tok Mat untuk bertanding Presiden namun ditolak oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Share This Video


Download

  
Report form