Lantik Shamsiah tanda penghormatan pada Bank Negara

KiniTV 2018-06-22

Views 3.4K

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyambut baik pelantikan bekas timbalannya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus untuk mengetuai bank pusat itu.

Zeti berkata pelantikan itu menandakan penghormatan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan kepada Bank Negara selaku sebuah institusi perbankan yang bebas.

Zeti berkata kepada pemberita ketika meninggalkan Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya apakah beliau mencadangkan nama Shamsiah sebagai pengganti, Zeti sambil tersenyum berkata "tiada komen".

Bank Negara sebelum ini terheret dalam skandal pemindahan tanah bernilai RM2 bilion yang dikatakan bagi menyelamatkan dana pelaburan strategik negara, 1MDB yang bermasalah.

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Nor Shamsiah dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap BNM, Zeti sekali lagi mengulangi keyakinan terhadap bekas timbalannya itu.

Share This Video


Download

  
Report form