Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi

KiniTV 2018-06-26

Views 3K

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menarik balik saman fitnah mereka terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan blogger Chan Chee Kong yang difailkan tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rafizi dan Chan juga menarik balik tuntutan balas mereka dan penarikan itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di kamarnya hari ini.

Ini merupakan kali kelima Najib menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap ahli politik dan media.

Najib dan Rosmah memfailkan saman tersebut berikutan kenyataan Rafizi dalam sebuah forum bahawa harga minyak dikekalkan untuk membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Peguam Rafizi, Ranjit Singh mengesahkan penarikan balik saman itu.

Share This Video


Download

  
Report form