Jika ada lagu yang boleh menggambarkan watak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, lagu My Way (Cara Saya), nyanyian Frank Sinatra mungkin pilihan yang tepat.
Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran percaya pemimpin mencecah usia 93 tahun itu telah berubah sejak menyertai Pakatan Harapan, dan kini melakukan perkara-perkara dengan "cara kita".
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini semasa wawancara baru-baru ini.
Menggambarkan perdana menteri sebagai "pemimpin luar biasa", menteri DAP itu memberikan pelbagai contoh untuk menyokong dakwaannya tentang perubahan Mahathir, termasuk bagaimana mesyuarat kabinet dijalankan.