Pengkebumian arwah adik Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam

Views 1

Pengkebumian arwah adik Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri.

Sebelum ini Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam hari yang sama, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, dalam sidang media di lokasi kejadian memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Share This Video


Download

  
Report form