Timbalan menteri pertahanan seorang senator

KiniTV 2018-07-06

Views 6.9K

Timbalan Menteri Pertahanan belum boleh lagi mengangkat sumpah jawatan kerana ia akan diisi oleh seorang senator, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Spekulasi bertiup kencang bahawa jawatan itu akan diisi oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, yang tewas dalam cubaanya untuk merebut kerusi parlimen Ayer Hitam pada 9 Mei dengan hanya 303 undi.

Mahathir bagaimanapun berkata bahawa ketiadaan timbalan menteri sekarang tidak memberi kesan kepada mesyuarat kabinet.

Ini kerana, jika seorang menteri tidak hadir, portfolionya akan diwakili oleh rakan sejawatan lain, tetapi bukan oleh timbalan menteri.

Sebaliknya, peranan timbalan menteri menjadi penting untuk membantu menjawab soalan ketika Dewan Rakyat bersidang.

Share This Video


Download

  
Report form