Seniman ziarah Aziz Satar, Osman Kering

Idea Kita 2018-07-11

Views 7

KUALA LUMPUR - Dalam meneruskan kelangsungan persatuan Seniman menjaga kebajikan artis veteran tanah air, Presidennya, Zed Zaidi dengan ditemani wakil Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berhasrat untuk mengunjungi Datuk Aziz Satar yang dilaporkan sakit di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz, Seniman turut meluangkan masa melawat aktor Osman Kering yang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Namun kehadiran Zed Zaidi serta ahli Seniman yang lain ke Hospital Ampang, ditolak oleh ahli keluarga Pak Aziz dengan memberikan alasan, Pak Aziz enggan diziarahi oleh wartawan, jurufoto dan ahli-ahli persatuan Seniman.

Bagaimanapun, keluarga Pak Aziz tetap menerima sumbangan yang dihulurkan oleh pihak persatuan.

Berbeza dengan penerimaan keluarga Pak Osman Kering, isteri beliau, Che Nor Hayati Che Omar terharu dan berbesar hati menerima lawatan Seniman.

Semuanya dapat disaksikan dalam video ini. - UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form