KUALA LUMPUR 14 April - Sebanyak 40 lukisan bertemakan 'Haiwan Dalam Seni' (Animals in Art) yang dihasilkan oleh tiga orang pelukis sedang dipamerkan di Galeri Artiseri, Hotel Seri Pacific di sini mulai hari ini hingga 30 April.
Pelukis-pelukis yang mengambil bahagian ialah Mohd Yusof Abd Wahid (Mass Yusof), Abdul Rahman Jaffar (Boga) dan Hafiz Sukaimi (Hafiz).
Mohd Yusof berkata, sebanyak 18 karyanya akan dipamerkan kali ini, manakala tujuh lagi karya Boga dan selebihnya daripada Hafiz.
"Keunikan pameran kali ini dilihat pada pelukis-pelukis yang datang dari tiga generasi berbeza.
"Boga mewakili generasi pertengahan, manakala Hafiz dari generasi muda menjadikan karya-karya yang dipamerkan unik," tambah beliau.
Katanya, lukisan-lukisan ini turut dijual dengan harga serendah RM1,200 sehingga RM8,000.
Turut hadir dan merasmikan pameran lukisan 'Haiwan Dalam Seni' itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.- UTUSAN ONLINE