Ketibaan Ramadan kali ini pastinya ada yang sudah bercadang untuk berbuka (iftar) di luar. Namun mencari lokasi yang menyediakan segala jenis makanan pasti sukar.
Namun kini tidak lagi sukar, kerana Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya menyediakan segala-galanya dalam menu berbuka mereka.
Melalui program 'Iftar Bersama Chef Imran' sempena ketibaan Ramadan, mereka menyediakan 222 hidangan makanan yang merangkumi pelbagai menu termasuk masakan Melayu, Asia, Cina dan masakan Barat.
Menu-menu ini disediakan sendiri oleh Chef Imran termasuk menu istimewa iaitu Sup Tulang Merah yang selama ini hanya terkenal di selatan Semenanjung Malaysia.
Selain Sup Tulang Merah yang menggunakan resipi tersendiri Chef Imran, Cyberview Resort & Spa turut menyediakan sebuah warung yang akan disaratkan dengan buah durian jenis D101. Di warung ini (ada 14 warung yang disediakan), pengunjung boleh menikmati buah durian berkenaan untuk berbuka puasa.
Untuk 'Iftar Bersama Chef Imran' ini, Cyberview Resort & Spa mengenakan bayaran RM128 bagi dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak.
Namun bagi mereka yang menempah lebih awal, hanya RM98 dikenakan. Hubungi 03-83127091 atau 03-83127092 untuk membuat tempahan.