ALOR SETAR 9 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Halim di sini untuk menghadiri majlis perkahwinan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob.