Polis Johor rampas 8kg bernilai RM1.2 juta

Idea Kita 2018-07-11

Views 3

JOHOR BAHRU 28 Sept. - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan abang iparnya warga Indonesia dan merampas dadah jenis syabu seberat lapan kilogram bernilai RM1.2 juta kira-kira dua kilometer dari pesisir Pantai Kukup, Pontian semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, suspek berusia 23 tahun dan abang iparnya berusia 35 tahun ditahan di atas sebuah bot pancung pukul 4.15 petang oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2 yang sedang melakukan Ops Gelora Khas di perairan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pekerja pub di bandar raya ini dan abang iparnya yang berasal dari Batam, Indonesia sedang menunggu seseorang untuk mengambil dadah berkenaan bagi diseludup keluar dari negara ini.

"Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form