Kesetiaan Datuk Rahim Razali kepada mak cun

Idea Kita 2018-07-11

Views 1

Pementasan teater yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung pada 2015 iaitu Mak Cun sekali lagi diberi kepercayaan untuk dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 hingga 13 November ini.

Masih mengekalkan barisan pelakon sama seperti Erma Fatima, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, teater Mak Cun D'walei kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan Abam Bocey, Amy Search dan Nadia Brian serta pelakon cilik, Haidar.

Memilih tema Bollywood, pengarahnya Erma Fatima bakal membawa audiens ke India demi mencapai cita-cita Mak Cun menjadi usahawan terkemuka rempah.

Justeru beliau berharap, pementasannya kali ini dapat mengulangi kejayaan Mak Cun pada tahun lalu dan tiket berharga RM36 hingga RM256 mula dijual bermula 25 Oktober ini di laman sesawang www.airasiaredtix.com. - UTUSAN ONLINE

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Share This Video


Download

  
Report form