PUTRAJAYA 7 Ogos - Pemilihan Surah Yasin sebagai surah tema Merdeka #QuranHour dan World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini merupakan langkah tepat dalam usaha melahirkan peribadi Muslim sejati sekali gus memupuk erti kemerdekaan negara sebenar.
Qari terkemuka negara, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, ini kerana Surah Yasin yang dianggap oleh ulama sebagai jantung al-Quran adalah surah yang banyak menyentuh mengenai hati manusia.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.