DAMANSARA 7 Sept. - Sebuah anak syarikat telekomunikasi antarabangsa disyaki telah menyalahgunakan lesen Network Service Provider (NSP) dengan menjual Calling Line Identification (CLID) tempatan kepada pengguna luar negara.
Menurut Presiden Generasi Bersatu Selangor (GBS), Datuk Mohd. Fadzil Yusof, beliau menerima laporan salahlaku ini daripada sebuah syarikat tempatan yang beranggapan perkara ini, jika disalah gunakan oleh pihak tertentu, bukan sahaja menggalakkan jenayah scam, tetapi turut menggangu-gugat keselamatan negara.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.