110 usahawan belia luar bandar sambut 2018 dengan senyuman

Idea Kita 2018-07-11

Views 2

KUANG 31 Dis. - 110 usahawan belia luar bandar bakal memulakan tahun 2018 dengan senyuman kegembiraan dan kenderaan serta peralatan perniagaan baharu.

Mereka yang merupakan sebahagian daripada 1,000 usahawan belia luar bandar Selangor yang terpilih menyertai program Mobileprenuer anjuran Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini menerima bantuan perniagaan berbentuk sebuah motosikal dan peralatan perniagaan bernilai RM10,000 setiap seorang serta latihan keusahawanan.

Menurut para penerima, mereka dapat melihat perubahan besar bakal berlaku dalam kehidupan masing-masing dengan pemberian bantuan berkenaan.

Majoriti daripada mereka menyatakan, sebelum ini mereka menghadapi berbagai halangan untuk menceburi bidang keusahawanan akibat kekangan modal, namun, semua itu kini telah diatasi dengan pemberian bantuan dan latihan yang diterima melalui program Mobileprenuer@KKLW yang dijayakan oleh Felcra Training Consultancy (FTC) ini. - UTUSAN ONLINE

Share This Video


Download

  
Report form