36 nelayan darat empangan Sembrong terima elaun sara hidup

Idea Kita 2018-07-11

Views 1

BATU PAHAT 15 April - Seramai 36 nelayan di empangan Sembrong menerima Elaun Sara Hidup Nelayan Daratb( ESHND) berjumlah RM86,400 setahun bagi meringankan beban hidup mereka.

Majlis penyampaian elaun sara  hidup secara tunai itu diadakan sekitar Tasik Sembrong yang disempurnakan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Mohd Anim Hosnan dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang,Hamzah Bahari.

Berucap pada majlis itu, Munir berkata, pada 2017 kerajaan menyalurkan bayaran sara hidup sebanyak RM95,000 yang melibatkan 306 komuniti nelayan darat sepanjang tahun lepas.


Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Share This Video


Download

  
Report form