'Jika bertuah boleh dapat semula RM14b dana 1MDB'

KiniTV 2018-07-20

Views 271

Malaysia mungkin mampu mendapatkan semula sehingga RM14.2 bilion dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Memetik laporan Bloomberg, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah itu adalah 30 peratus daripada kesemua RM50 bilion yang didakwa lesap dari 1MDB.

Tambahnya, kerajaan mungkin mampu mendapatkan semula sekurang-kurangnya 10 peratus atau "jika bertuah", 30 peratus daripada jumlah itu.

Jumlah yang dinyatakan Lim itu adalah lebih sedikit berbanding AS$4.5 bilion yang cuba dituntut oleh kerajaan yang disebutkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 16 Mei lalu, Dr Mahathir berkata Malaysia akan menghubungi Switzerland, AS, Singapura, dan Luxembourg dalam usaha mendapatkan semula wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Share This Video


Download

  
Report form