Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan hutang 1MDB adalah penyebab kepada hutang negara meningkat kerana tidak patuh kepada aturan apabila membuat pinjaman.
Dr Mahathir yang menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen bagan serai Datuk Noor Azmi Ghazali di Parlimen menambah, kerajaan bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB selepas syarikat itu diletak dibawah kementerian kewangan.
Sebelum itu Noor Azmi bertanyakan samaada kerajaan akan mensasarkan sesuatu nisbah tertentu untuk hutang negara yang perlu dicapai dan akan mengumumkan sebagai prestasi negara.