Dewan Rakyat panas seketika apabila Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayers saling berbalas kenyataan.
Ia bermula ketika ucapan menyokong usul menjunjung kasih Yang Di Pertuan Agong oleh Annuar yang menghuraikan kejayaaan pemerintahan terdahulu.
Rayers yang mencelah inginkan perbandingan indeks rasuah ketika BN memerintah kemudiannya dibidas oleh Annuar yang menyuruh bertanyakan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah didakwa dimahkamah atas kes rasuah.
Keadaan ditenangkan oleh Speker dewan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.