Bermula hari ini petugas media di Parlimen menerima tajaan selama 5 tahun daripada dua syarikat air iaitu Spritzer yang menaja air mineral dan Chek Hup yang menaja 'white coffee'.
Air tajaan itu diletakkan didalam bilik media di Parlimen.
Majlis perasmian tajaan disempurnakan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusuf.
Turut hadir ialah Timbalan Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.