BERSIH tuntut tribunul salah laku anggota SPR pada PRU14

KiniTV 2018-08-14

Views 1

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 menggesa kerajaan supaya menubuhkan tribunal bagi menyiasat salah laku anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-14.

Pemangku pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, pihaknya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tribunal berkenaan dibuat segera.

Menurut Shahrul lagi, tribunal berkenaan penting bagi menyiasat dakwaan salah urus dan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Beliau juga menyenaraikan tujuh anggota SPR yang telah melakukan salah laku berkenaan.

"BERSIH 2.0 ingin menyatakan rayuan kepada Tun supaya menubuhkan tribunal untuk menyiasat salah laku tujuh anggota SPR yang membawa kepada salah urus dan penipuan secara besar-besaran.

"Anggota-anggota SPR ini bukan sahaja merosakkan kesaksamaan, kebebasan dan integriti SPR malah mereka juga mencabuli hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan baru dan mengancam asas demokrasi," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form