Resipi Salmon, Telur & Bayam #AngahEatClean

SINAR FM 2018-08-18

Views 110

Untuk hari ni, Angah @angah_lawaking dan Zhariff dari Qfit Meal nak ajar anda semua untuk sediakan menu yang sihat, mudah, cepat dan berkhasiat. Untuk menu keempat ini, Angah dan Zhariff nak sediakan resipi Salmon, Telur & Bayam.

Bahan-bahan
- roti
- extra virgin olive oil butter
- telur
- smoked salmon
- bayam
- lada hitam

Cara-cara
1. Sapukan butter ke roti dan letakkan di atas kuali, panaskan roti sehingga garing
2. Masukkan sedikit butter ke dalam kuali dan masukkan salmon, biarkan salmon di atas kuali sehingga ia bertukar warna
3. Angkat salmon dan masukkan bayam, kacau bayam di atas kuali dan taburkan sedikit lada hitam sehingga ia bertukar warna, jangan biarkan terlalu lama
4. Susun roti, salmon dan bayam di dalam pinggan
5. Masak telur mata dan letakkan diatas susunan roti tadi

Share This Video


Download

  
Report form