Kerajaan kaji mansuhkan sebahagian peruntukan AUKU - menteri

KiniTV 2018-09-05

Views 1.1K

Kerajaan sedang mengkaji mengenai kemungkinan memansuhkan Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang didakwa menghalang kebebasan berpolitik di kampus.

Menteri Pelajaran, Maszlee Malek berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pendidikan dalam sidang Dewan Negara semalam.

Menurutnya, langkah oleh pentadbiran Pakatan Harapan itu bertujuan memulihkan autonomi akademik dan kebebasan politik di universiti.

Share This Video


Download

  
Report form