Pemakaian baju oren bagi tertuduh yang didakwa di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung kepada sesuatu kes yang dikendalikan pegawai penyiasat, sekiranya membawa kemudaratan.
Perkara itu dijawab Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki pada sesi wawancara di Bernama Radio hari ini.
Azam menjawab pertanyaan berhubung mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh baru-baru ini di mahkamah tidak memakai baju oren.