SPRM tak pernah panggil Tok Pa

KiniTV 2018-09-22

Views 10.4K

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihaknya telah memanggil anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi memberi keterangan berhubung dana yang diterimanya untuk parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

Azam berkata demikian pada sesi wawancara di Bernama Radio hari ini.

Pada Selasa lepas, Mustapa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya lebih 40 tahun lepas berikutan pendekatan Umno yang tidak lagi selari dengan prinsip politik diperjuangkannya selama ini.

Share This Video


Download

  
Report form