Umno kini perlu beralih daripada slogan hidup Melayu dan bergerak bagi memajukan orang Melayu, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.