Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar namanya menerusi video tular, semalam.
Dalam wawancara Melaka TV, Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka, kesal apabila sekumpulan penduduk Pengkalan Batu sengaja menimbulkan provokasi apabila isu jalan alternatif di Taman Akasia, Sungai Putat dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.