Cadangan pembinaan Jambatan Indah atau ‘jambatan bengkok’ masih diteliti kerajaan sehingga kini, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Beliau berkata pembinaan jambatan berkenaan bagi menggantikan Tambak Johor akan melibatkan kos tinggi, implikasi sosio-ekonomi dan politik serta hubungan antarabangsa.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu justifikasi pembinaan ‘jambatan bengkok’.