Esok, rakyat mungkin dapat melihat gandingan aneh apabila Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin dan Anggota Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mungkin akan turun ke pasar, bersama-sama.
Lawatan ke pasar itu dicadangkan oleh Bung Moktar kepada Johari ketika Johari menyindirnya sebagai jenis yang ‘tidak turun ke pasar’.
Bung Moktar membuat sindirian itu ketika mencelah ucapan Johari di Dewan Rakyat dengan menyentuh isu harga barang dan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Johari kemudian menyangkal kenyataan itu dengan menempelak bahawa jika Bung Moktar ada turun ke pasar, dia pasti sedar bahawa harga sebenarnya sudah turun.
Tidak berpuas hati dengan jawapan Johari, Bung Moktar akhirnya mengajaknya untuk turun pasar bersama-sama untuk melihat harga barang, dan pelawaan itu disahut oleh Johari.