KANGAR 8 Dis. - Bagi penyokong Pas dan UMNO di negeri ini, isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah memberi hikmah buat mereka.
Ini apabila mereka sanggup mengenepikan segala bentuk persengketaan seterusnya bersatu hati dan bangkit bersama untuk mempertahankan kesucian agama Islam.