Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak tahu-menahu punca Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.
"Apa? Oh, (letak jawatan) naib presiden. Bukan dari PKR.
"Saya tidak tahu, beliau mesti mempunyai sebabnya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai apa yang terjadi kepada PKR," jawab beliau ketika ditanya mengenai perletakan jawatan tersebut.
Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) ditemui pada suatu majlis di Cyberjaya tengahari ini.