Waytha Moorthy dijadikan 'kambing hitam' susulan kematian Adib

KiniTV 2018-12-24

Views 3.6K

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dijadikan 'kambing hitam' apabila dipersalahkan dalam kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berikutan tragedi rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya bulan lepas, kata aktivis Rozana Isa.

Seramai 30 aktivis yang mewakili 211 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyokong P. Waytha Moorthy mengekalkan jawatannya sebagai menteri.

Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya.

Waytha Moorthy yang merupakan menteri bertanggungjawab bagi Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, menghadapi desakan supaya meletak jawatan akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan tersebut yang meragut nyawa seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim.

Share This Video


Download

  
Report form