Video tular di media sosial memaparkan dari sudut lain jelas menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dilanggar jentera bomba seperti didakwa sesetengah pihak.
Video berdurasi 22 saat itu jelas menunjukkan tiada individu berada di belakang kenderaan di saat jentera bomba itu berundur ketika diserang perusuh berhampiran kuil tersebut.
Pada Sabtu lalu, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields USJ25 meminta maaf kerana sebelum ini mengatakan Allahyarham Muhammad Adib dilanggar trak bomba dalam rusuhan yang berlaku di luar kawasan kuil itu bulan lepas.