KOTA BHARU 1 Jan. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menawarkan khidmat 'unik' menerima gadaian Mykad kepada golongan kesempitan wang di sebuah rumah kedai di Batang Merbau, Tanah Merah dekat sini pada petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, pihak polis yang diketuai oleh Inspektor ZUlkifli Mohamad dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut merampas 29 keping MyKad dan 12 dokumen 'perjanjian' hutang.