Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak lagi mempunyai laskar siber (cybertrooper) untuk menyokongnya seperti dulu.
Kata Najib, beliau kini mengharapkan sokongan daripada rakyat untuk memberi komen dan pandangan di ruang media sosialnya.
Menurutnya, ini memastikan Umno masih lagi dekat di hati rakyat.
Beliau berkata demikian dalam program sembang santai pada 14 Januari lalu di Shah Alam.