Tindakan lawatan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian ke kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, awal bulan ini adalah berdasarkan semangat cintakan kedaulatan negeri dan negara.
Exco Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata tidak timbul soal Osman cuba untuk melakukan provokasi tetapi lebih kepada semangat patriotisme dan cintakan tanah air.
Lawatan Osman untuk melihat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, baru-baru ini, tidak disenangi republik itu dan telah menyebabkan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) Ke-14, ditangguhkan.