Bersatu Melaka hari ini menyangkal laporan yang menyatakan pengerusi negeri Mohd Redzuan Yusof berdepan undi tidak percaya ketika mesyuaratnya Jumaat lalu.
Setiausaha Bersatu negeri Melaka Zamzuri Arifin berkata laporan yang memetik sumber parti itu berniat jahat terhadap Redzuan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan.
"Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'Ketua bahagian Bersatu Melaka undi tak percaya pada menteri' berunsur fitnah oleh sumber-sumber yang berniat jahat.
“Perlu ditegaskan apa yang dilakukan oleh sumber sebagai undi tidak percaya terhadap Pak Wan adalah tidak mengikut peraturan," katanya dalam satu sidang media, sebentar tadi.
"Oleh itu, ia tidak berlaku. Hakikatnya, majoriti ahli mesyuarat itu menyokong Pak Wan," tambahnya beliau.