Kes pengubahan wang haram Najib dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

KiniTV 2019-02-11

Views 1.4K

Tiga kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM47 juta yang berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah Sesyen.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh peguam negara Tommy Thomas memindahkan tiga kes di mana Najib dituduh pada Jumaat untuk dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 417 (1) (e) Jenayah Kod Prosedur.

Najib diwakili oleh peguam bela Tan Sri Shafee Abdullah.

Share This Video


Download

  
Report form